Selasa, 6 Oktober 2015

Jantungku....

Tanggal 01 September 2015...aku dimasukkan ke Columbia Hospital...
Kisahnya, lepas makan malam pada 31/8/2015(hari merdeka), aku baring2 bersama dengan ibu mertuaku sambil tengok tv...
dalam pukul 10mlm macam tu..aku rasa jantung  aku berdegup sangat laju..sehinggakan aku dapat mendengar degupan jantung aku..

Aku x cakap pada sesiapa...terus aku bangun hala ke dalam bilik...cadangnya nak tidur awal la..mungkin badan penat kot..(ngomel dalam hati)..dalam 15 minit baring tak boleh nak tidur sebab jantung laju sangat dan berpeluh-peluh lain dari biasa..padahal bilik sejuk..siap pasang kipas no.3.. jarang sekali aku pasang kipas sederas itu..

Aku keluar bilik..jalan perlahan-lahan menuju ke en.suami..suruh dia picitkan bahu dan belakang..dia kata kenapa sayang...aku cakap tak sedap nak nafas la..dada rasa lain macam malam ni..
Lepas tu, aku masuk bilik..kononnya nak tido..sampai pagi aku memang tak boleh tidur..

Pagi tu, dalam sejarah la..aku tak buat breakfast untuk en.suami..Hanya air koko sahaja aku hidangkan untuk suami..

Sampai sahaja kat ofis, aku macam biasa akan buat minuman koko sambil terus on pc.. Tak sampai 15 minit aku duduk dalam bilik..makin kuat degupan jantung aku..
Aku pegang pen pun macam bergetar tangan..nak pegang keyboard..lagi la..tangan macam bergetar kuat disebabkan degupan jantung yang terlampau laju pada firasat aku...

SetapakAku minta izin daripada majikan aku untuk pergi check up kat Columbia Hospital..(coz dekat dengan ofis..sebelah jer)...aku ajak office-mate aku temankan..Mana tau..tiba-tiba pengsan tengah jalan semasa nak cross jalan ke..tak ke naya...

Aku terus ke kaunter pendaftaran..terus aku di bawa ke bahagian kecemasan....setiap orang normal mempunyai degupan normal sekitar 60-80 seminit...Aku...Ya Allah..punya la laju.. 196 seminit.. nampak...doktor pakar yang memiksa nadi aku pun terkejut..macam mana aku bolh tersenyum dan jalan kaki ke hospital..sepatutnya..dah pengsan atau tak sedarkan diri..Semua kuasa Allah s.w.t..

Aku kena tahan untuk masuk wad ICU untuk pemantauan...aku kena tahan 3 hari...
Wad biasa di Hospital Columbia




Ni la contoh wad ICU kat hospital columbia

Doktor sahkan aku mengidap Wiring Heart Attack yang jarang berlaku..Tak ramai doktor pakar dalam bidang wiring jantung .. Aku punya la berdoa dan berharap..semua akan ok.. Doktor bagi ubat "inderal".. Ubat ni untuk kawal kelajuan degupan jantung dan pening.



Aku dah tak boleh minum minuman kegemaran ku...nescafe panas.. Banyak juga la senarai minuman yang tak bolh di ambil..antaranya; nescafe, kopi, milo, koko, sebarang minuman bergas.. Aku kena lebih banyak minum air putih dan minum teh hijau..baik untuk jantung..
Ni la...Dr. Sazzli Kasim..pakar dalam bidang wiring jantung..muda kan..

"Penyebab utama adalah..STRESS..itu yang doktor cakap"...  sape yang bagi diriku STRESS ini...hanya diri sendiri yang tau...Maaf kepada semua..untuk segala-galanya..amin..