Selamat petang semua.. dah lama rasanya ina tak update blog ni..
Disebabkan my hubby tak berapa sihat..ina x jenis x amalkan sgt ubat2 moden..lebih praktik yg tradisional..murah beb...hehehe..
So, terjumpa la satu blog ni...milik Fajridil : http://fajridil.blogspot.com/2012/02/petua-petua-tradisional.html
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya
: sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah
itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan
ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap
kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan
sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.
Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak
kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat
mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara
yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan
melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama
yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada
di lumur.
4. UBATI SAKIT DADA
Ambil
beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil
satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan
bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum
sarapan.
5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi
ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di
kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk
mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih
tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda
selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi
hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan
menggunakan minyak urut.
6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk
merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda
berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan
meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia
menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit
ini menandakan masakan anda terlebih garam.
7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita
yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di
bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan
pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan
kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak
sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.
Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu
sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu
dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan
selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu,
Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula
bertapak itu akan menghilang.
9. PENYERI MUKA
Selain
dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan
supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka
setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke
muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda
sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian
bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak
keberkesanannya.
10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit
gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam.
Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung
sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi
menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena
sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi
apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda
bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah
gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
11. MULUT BERBAU
Mulut
berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan
seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai
daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam.
Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.
Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda
busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini
menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat
panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke
atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.
13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi
anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji
buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar
mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang
pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil
yang memuaskan.
14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika
anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi
masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini,
sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci
pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan
penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.
15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika
anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat.
Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh
dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa,
Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus
asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan
sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan
bertawakal.
16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau
anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin
dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda
(pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan.
Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan.
Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.
17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.
18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya
selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan
berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau
mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan
curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya.
Insya-Allah semuanya beres.
19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu
lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan
melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala
dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat
kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas
daripadanya.
21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah
kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut.
Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga
lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu
pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.
22. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil
segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar,
kemudian baru digiling dengan tujuh biji mata kunyit serta sedikit
melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang
digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul
dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan
sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun
jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih,
biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.
23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak
gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua
untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian
sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan
kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya
hilang.
24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.
25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika
pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu
hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak
tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara
terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
26. BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang
kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan
berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat
ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup
semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
27. UBAT DEMAM MALARIA
Daun
betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini
bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh
diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan
sisa-sisa darah kotor.
28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada
cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam
seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan
sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau,
sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga
bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.
29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak
sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau
cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan
hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah
akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula
pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah
menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis
itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.
30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang
tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah.
Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang
menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan
demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu
dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api,
kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak
itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.
31. ELAK DARI MELECUR
Apabila
bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih,
cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi.
Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara
perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian
yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu,
bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera
sembuh.
32. BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK
Zip
yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau
seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk
membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan
beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.
33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
Tauge
akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan
sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda
menukar airnya setiap hari.
34. HILANGKAN DEBU DARI BUNGA
Biasanya
bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk
mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan
pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu,
dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.
35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA
Kalau
anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan
membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih
yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.
36. GULA UBAT LUKA
Jika
bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras,
anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang
berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.
37. PANAS TERKENA CILI
Kerana
banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari
anda berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil
setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam
hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di
depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun.
Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.
38. MENGHILANGKAN BISUL
Apabila
anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia
membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana
itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih.
Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang
berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan
mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.
39. TERKENA BISA IKAN KELI
Ikan
keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai
sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa
apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa
berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau
ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan
serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga
sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah
bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.
40. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika
anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas
bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan
kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala
hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan
cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.
41. LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil
beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke
seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci
bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh
menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
42. KHASIAT AIR BERAS
Air
buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk
mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari
minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air
beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga
ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.
43. RAWATAN LEPAS BERSALIN
Cara
yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah
dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka.
Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan
mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini
disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan
semula perut selepas anda bersalin.
44. UBAT SAKIT MATA
Masalah
sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman
dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja.
Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik
madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci
mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan
pulih sediakala.
45. TAK PEDIHKAN MATA
Setiap
kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi
mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan
air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.
46. RAMBUT HITAM BERKILAT
Ambil
kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan
berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala.
Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam
seminggu. Selamat mencuba.
47. DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING
Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.
48. HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK
Pucuk
betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal
belacan. Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk
mrnghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau
dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.
49. SUBURKAN POKOK BUNGA
Satu
lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa
banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian
bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.
50. BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT
Bayam
mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi
protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium,
fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan
sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan
penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan
sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.
51. KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH
Kacang
tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin,
choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah
merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya
mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah
ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).
52. PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH
Apabila
seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa
di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun
terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji
asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian
yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan
hilang.
53. MEREDAKAN BENJOL
Sekiranya
kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan
sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam
secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut
dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke
bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan
mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.
54. BATUK
Banyak
cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji
buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu
putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan
kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih.
setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali
pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari
berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.
55. BATUK BERTERUSAN
Penghidap
penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering
melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau
berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini
mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya
sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu
kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih
kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:
· Jangan terlalu banyak makan makanan manis
· Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
· Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
· Jangan makan banyak mekanan pedas
· Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.
56. PENAWAR PENGSAN
Sekiranya
anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri,
segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas
kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada
telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan
tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.
57. BENGKAK BUAH DADA
Khusus
bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah
dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang.
Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah
ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu
malam.
58. BENGKAK DI BAWAH TELINGA
Penyakit
ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara
keluarga anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah
dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga.
Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu
dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak
tersebut akan beransur hilang.
59. MENCANTIKKAN BETIS
Setiap
orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan
licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan
minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah
lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak
perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain
itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan
menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu
urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.
60. URAT BETIS MENONJOL
Selalunya
wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan
menonjol, dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah
segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa mencampur dengan
suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah
sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air
rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang
itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang
tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat
selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur.
Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.
61. RAMBUT SELALU GUGUR
Bagi
mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir
pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam
satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh
rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah
jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut
tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
62. ANAK SELALU KENCING MALAM
Jika
ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah
ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh,
kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan
ikatkan dengan kain. Buatlah selama
63. KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING
Dinding
yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang
kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam
di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang
menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.
64. HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA
Bagi
mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan
kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan
kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak
sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke
kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam
sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan
semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.
65. ATASI MASALAH BULU KETIAK
Ada
banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu
ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan
seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak,
selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya
hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air
bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai.
Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang
masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.
66. DAUN PERIA UBAT KURAP
Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua
mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga
bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau
bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali
pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.
67. MEMBENTUK BULU KENING ANAK
Bagi
ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan
lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari
daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda.
Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu,
kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua
ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi
yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.
68. HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR
Biasanya
selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik
merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa
jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan
bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan
hati.
69. RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN
Ada
petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga
lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh
teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah
rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas teh
tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan
lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.
70. MENYEMBUHKAN DEMAM
Petua
ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun
betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya
menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah
diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.
Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.
71. KURANGKAN SAKIT GIGI
Sakit
gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan
tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga
cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa
ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.
72. ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK
Dewasa
ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit
tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam
gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan
sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit.
Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.
73. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR
Untuk
mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai
daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air
mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik
dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.
74. TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT
Bagi
mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan
parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato
yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut
baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam.
Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.
75. RAMPING SEMULA JADI
Hendak
kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan
mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan
sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk
mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.
76. WANGIKAN RAMBUT
Ambil
air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian
sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang.
Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum
tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada
beruban.
77. HILANGKAN SAKIT GIGI
Sakit
gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk
menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan
daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu
dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke
dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah
digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan
sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat
hilang.
78. BENGKAK GUSI
·
Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun
jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan
ramuan ini dan minum airnya.
· Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.
79. GUSI BERDARAH
Ambil
beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air.
Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya
mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa.
Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga
berkumur dengan air daun sirih.
80. PELEMBAB MUKA SEMULA JADI
Jika
ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka,
anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar
daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis
sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah
hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas
lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab
dan tegang.
81. URUTAN WAJAH CARA BETUL
Muka
akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur.
Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari
telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah
mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke
bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun
kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap
pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
82. SERI DAUN INAI
Inai
bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada
juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri
membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai.
Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya
wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua
dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak
tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.
83. KHASIAT KUNYIT MUDA
Mingkin
tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah
seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan
potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya
tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain
sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan
berseri dan menawan
84. KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU
Jika
anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional
untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan
gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada
bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih
mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu
tidak mengecewakan.
85. CARA WANGIKAN ALMARI PEKAIAN
Daun
pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah
kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga
rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi
mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan
bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.
·
Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua,
kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan
letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang
baru selepas tiga hari.
86. ELAK BISA PAKU BERKARAT
Apabila
kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang
putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan
panaskan seketika di atas api yang sederhana besar. Kemudian segera
tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang
putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang
melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus
berbisa, segera jumpa doktor.
87. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
·
Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga
betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan
sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik
untuk mengubati penyakit darah tinggi.
· Daun kucai. Bersihkan
secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan
air. Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian
boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan. Daun kucai amat baik
untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik
tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.
88. UBAT KENCING LAWAS
Bagi
mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda
awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan
batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan
rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup
masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum.
Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu
karang yang belum serius.
89. ATASI SAKIT TUMIT KAKI
Kebanyakan
mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia
bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak
lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam
kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang
sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus
dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang
sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan
insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
90. MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK
Bagi
anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh menghilangkan
rasa pahit daun betik itu dengan mencampurkan daun senduduk ketika
merebusnya.
91. UDANG SENTIASA SEGAR
Supaya
udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis
ketika anda hendak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh
menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.
92. MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT
Mencuci
tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan menabur
sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang
kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan
hilang.
93. KEBAIKAN KEPALA, TAHI IKAN BILIS
Campurkan
kepala dan tahi ikan bilis ke dalam manakan ayam. Ia berzat dan
berkhasiat untuk binatang. Jika direndam selama beberapa hari dan
disiram pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.
94. SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI
Jika
anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk
mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun
pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam
kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari.
Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan
bertenaga kembali.
95. UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK
Jika
anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan
yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu
cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali
sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.
96. DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA
Daun
rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya
masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air,
hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta
kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar
ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua
minggu sekali.
97. SANTAN TIDAK PECAH MINYAK
Kebanyakan
suri rumah terpaksa menunggu untuk mengacau santan apabila memasak kuah
lemak atau kari. Bati memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk
dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan pecah minyak.
98. ATASI SINKI TERSUMBAT
Cuba
masukkan beberapa banyak garam kasar di dalam saluran sinki tersumbat.
Selepas itu tuangkan air panas baru mendidih di dalam lubang sinki.
Ulang beberapa kali hingga perjalanan air lancar semula.
99. IKAN TIDAK BUSUK
Bagi
ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan
di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus
dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara
untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci
bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi
mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan
menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.
100. SAYUR DICELUR TETAP SEGAR
Campurkan
sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah
sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayu-sayuran ini akan
nampak segar dan berkilat.
101. TEMBIKAI TAHAN LAMA
Tembikai
mudah layu dan busuk jika disimpan lama. Bagi mengelakkannya, sapukan
kapur makan di pangkal tembikai. Insya-Allah, tembikai tidak mudah busuk
dan tahan lama.
102. MENGHILANGKAN BAU TANDAS
Hampas
kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau
tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas,
biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan
itu akan hilang sama sekali.
103. BELIMBING BULUH UBAT DARAH TINGGI
Belimbing
buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut
selepas makan walaupun rasanya sedikit masam. Selain itu, ia juga boleh
dijadikan rencah masakan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama
apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilan, juga berkhasiat
kesihatan. Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah
tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji
sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan
darah anda. Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan pengambilan
garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.
104. GARAM HILANGKAN SAKIT TEKAK
Garam
banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting
dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya
berpunca daripada cuaca panas. Berkumurlah dengan air garam dua kali
sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga
camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah
setiap hari hingga sakit tekak hilang.
105. HALIA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT
Halia
bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan
ubat kembung perut. Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar,
dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam
gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup
permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua
bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di
dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang
meminumnya hingga perut berasa lega.
106. KULIT BUNGA TANJUNG HILANGKAN JERAWAT
Ada
banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung.
Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam batang pokok itu, giling
halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka,
campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan
pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam
sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian. Anda akan lihat perubahan
pada wajah anda.
107. MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH
Untuk
mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar
hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di
dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan, sedikit garam dan
gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada
sebelah pagi dan malam sebelum tidur.
108. MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Sekiranya
anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula
cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua
belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi.
Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang
dengan perlahan-lahan.
109. MELEBAT BULU KENING
Biasanya,
kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam lebat.
Untuk melebatkan bulu kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari.
Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam. Selepas
itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening.
Jika rajin mengamalkannya, kening akan menjadi lebat dan hitam menawan.
Selamat mencuba.
110. DAUN PERIA UBAT KURAP
Jika
ada yang menderita penyakit kurap, ini ada petua mudah untuk
mengubatinya. Ambil beberapa helai daun peria dan bersihkannya. Kemudian
ramas-ramaskannya dan gosokkannya pada badan atua kulit yang dijangkiti
kurap. Lakukannya berulang-ulang kali, pasti hasilnya sangat memuaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan