Antara info yg menarik perhatian saya ialah fasal tepung. Yang selalu ke dapur pon banyak lagi jenis tepung yang tak di kenali.(itu saya ler) Sekarang ni barulah akak faham kegunaan tepung yg pelbagai tu.
Berbalik fasal tepung tadi, ini antara tepung yg saya selalu guna dan apa manafaat atas kegunaannya...hehee
Flours
Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour).
Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.
Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.
Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.
- Ada 3 jenis tepung beras yang berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...Mungkin korang tak perasan sebab dia ada lambang gajah yang berbeza dan kita hanya perasan nama Tepung Beras saja, betul tak? Baiklah, di bawah ini saya jelaskan jenis-jenis tepung beras tersebut.
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk menggoreng, seperti buat adunan untuk menggoreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan kuih apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.
- Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
- Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...
Self-raising flour
-
Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran
superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda
bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu
menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin,
scone, pancake & kek.
Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.
Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.
Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.
Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.
Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.
Ini pula tepung Red Rose atau dikenali juga sebagai tepung biskut (oooo...gituuu...)
Tepung Rose atau Tepung Biskut
- Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tiidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak.Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London .
Tepung Sagu
- Terdiri dari tepung yang glute-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.
Tepung Optima
-Dikenal Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan moxer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.
Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.
- Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat.
Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka.
Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga
tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

Tepung Hoen Kwe - Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.

Tepung Hoen Kwe - Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan Puding.
Tepung Biskut Marie
-Sejenis
tepung yg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil
daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar
sehinga betul-betul halus.
Zie tambah sikit :)
Tepung Kanji Kentang - Zie gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang @ goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkan lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak setahu zie tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi - tepung terigu bahasa Indonesia.
Tepung Atta
-
Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat. Ia dibuat dari
serat gandum yang tak hancur. Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak!
nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung nie, kita akan
mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.
Biasa Zie beli untuk buat Roti Puri
Tepung Kacang Hijau
- Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung Gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket berwarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung Hoen Kwee juga tepung kacang yg diimport dari Indonesia untuk membuat kueh tako.









.jpg)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan