Khamis, 2 Julai 2015

Penawar Buasir

Manjakani Penawar Buasir dan Kelebihannya

Hari ini nak bercerita pasal #buasir dan manjakani lah since masih lagi dalam pantang and 5th day suspected buasir. Mmg panik amat but tenangkan diri dan cakap pada diri sendiri "Jamu Nenek" kan ada!
Kenapa yakin sangat tu? Mama call and asked me to buy "manjakani" 1kg then blender kasi halus, tapis and tepek kat d***r mcm bedak sejuk. Then yg kasar2 tu buat bunjut mcm tungku herba, tungku kat tempat berkenaan.
Ok, mmg tu pon berkesan, but.. sempat ke? baru nk menepek tetiba anak nangis mntak nenen.. pas tu anak 1st pon xleh kita x de depan mata.
Bole la let go petua tu, tp berkesan ye utk sape2 yg ade buasir :)

2nd thing saya cuci dgn feminine wash cosmoderm with manjakani tuh. It helps a lot too!

3rd ways.. saya mmg mengamalkan "Jamu awet" sepanjang berpantang.
4 biji Pagi dan 4 Biji malam. dat thing.. mmg mujarab! sb sy xde masalah nk meneran even baru 20th day. bengkak2 kat tmpat berkenaan mmg dah xde :) saya lawas membuang yg mana sebelum ni mmg saya sembelit!

Ramuan dalam Jamu Nenek, sekain saffron atau za'fran, ia mengandungi manjakani :) nak telan manjakani sebijik2 yg tanak dgn nasi tu? alahaii.. Pahit ye sayang2 semua..

MANJAKANI BUAH CIPTAAN ALLAH UNTUK WANITA

Apa lagi ye kelebihan Manjakani?

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
  • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  • Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
  • Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
  • Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
  • Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

    CARA PENGGUNAAN BAGI PELBAGAI TUJUAN

    Ia amat sesuai untuk melambatkan kedutan muka(awet muda). Disamping itu juga, ia berupaya menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka dengan kadar yang amat cepat sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka sebelumnya.
    Jika untuk menegangkan/memejalkan payudara atau hilangkan hitam-hitam celah kelangkang, ketiak atau pelipat, lakukan kaedah yang sama dan biarlah ia benar-benar kering. Selepas itu terus mandi. Semasa mandi, sisa-sisa serbuk manjakani yang masih melekat di badan itu gunakanlah sebagai scrub(gosok) untuk hilangkan daki-daki / bekas-bekas hitam celah kelangkang atau di mana sahaja. Selepas itu mandilah seperti biasa dan bilas sebersih-bersihnya.

    SEBAGAI LULUR/MASKER
    Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
    Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.
    SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT
    Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.
    Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.

    SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT
    Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.
    *TIPS
    Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda.
    Jika anda ingin mengamalkannya dengan madu, elakkan menggunakan sudu logam. Ia boleh mengurangkan khasiat madu. Paling baik,gunakan sudu plastik,tembikar dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan